Wednesday, June 22, 2011

18,716 amah lari

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 22/06/2011

DEWAN Rakyat semalam diberitahu 18,716 pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan mereka dengan 17,205 atau 92.3 peratus dari Indonesia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, berkata sehingga Disember tahun lalu, seramai 247,069 pembantu rumah yang memasuki
negara ini atau 76.7 peratus adalah dari Indonesia.

“Bagi menangani masalah pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan, khususnya pembantu rumah Indonesia, kerajaan mengambil beberapa
langkah antaranya mewujudkan jawatankuasa kerja bersama apabila kita mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal dengan kerajaan
Indonesia bermula 2009 hingga Mei lalu.

“Hasil perbincangan itu, kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu protokol pindaan terhadap memorandum persefahaman di antara kedua-dua negara
pada 30 Mei lalu di Bandung, Indonesia,” katanya di Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Protokol itu bertujuan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan penggajian pembantu rumah termasuk pembantu rumah lari daripada majikan antara kedua-dua
negara serta memberikan perlindungan sewajarnya kepada majikan di negara ini. Selain itu, majikan berhak mendapat penggantian pembantu rumah sekiranya
mereka melarikan diri dalam tempoh enam bulan berkhidmat.

Maznah berkata, sistem bio metrik yang diperkenalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1 Jun lalu dapat membantu pihak berkuasa mengesan pembantu
rumah asing yang cuba mendapat kerja lain. Beliau berkata, selain itu, mulai Mac tahun lalu, kementeriannya melalui Jabatan Tenaga Kerja melaksanakan
seminar dan dialog pembantu rumah asing yang dihadiri majikan serta syarikat membekalkan pekerja berkenaan.

“Sehingga kini, 89 seminar sudah diadakan membabitkan 1,869 majikan, 1,650 pembantu rumah dan 365 agensi pekerja asing untuk memaklumkan hak serta
tanggungjawab ketiga-tiga pihak terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah mewujudkan sistem biometrik bagi mengesan pembantu rumah yang melarikan diri. “Garis
panduan penggajian pembantu rumah dan talian Nur diwujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menerima laporan sama ada
secara terus daripada pembantu rumah atau majikan yang ingin membuat laporan,” katanya.

Thursday, April 21, 2011

Pekerja Anda Adalah Aset Terpenting

 
Pekerja Anda Adalah Aset Terpenting   Segolongan daripada organisasi-organisasi besar di beberapa negara telah pun menerima hakikat bahawa pekerja adalah aset terpenting mereka.   Mengikut prinsip ini, tenaga pekerja anda dapat membantu memajukan dan meningkatkan prestasi organisasi.   Teknologi adalah penting. Tetapi ia tidak dapat mengambil alih peranan pekerja anda.   Aset-aset lain seperti kewangan, bangunan, alat-alat, teknologi dan sebagainya hanya bernilai jika pekerja menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran mereka dalam pengurusannya.   Apakah langkah yang organisasi anda akan ambil mengenai perkara yang sangat penting ini?   Organisasi anda tidak mempunyai banyak pilihan jika ia ingin terus bersaing dalam suasana perniagaan yang semakin menjadi rumit dan kompetitif. Pekerja anda akan dapat membantu dalam aspirasi ini.

Sunday, March 27, 2011

SOCSO COMPOUND NOTICES

 
KUANTAN: Socso has issued 579 compound notices totalling RM365,500 to errant employers nationwide for failing to contribute to the organisation.

Its deputy chief executive Aleyes Meh said it had also conducted checks on 5,857 employers during its Ops Kesan campaign, which began on March 7.

“Workers must be made aware of their rights while employers must do the right thing if there are mishaps or accidents at their workplaces.

“Socso has a variety of products for the benefit of workers and their families,” he told reporters after presenting Socso payments totalling
RM105,597.72 to 12 recipients at Wisma Perkeso here yesterday.

Aleyes said the campaign, which was first launched in 2009, would be carried out from time to time to enhance public awareness of the importance of
making Socso contributions.

State Socso deputy director Rosmasita Mohamad said it issued 126 compounds totalling RM83,500 in the first four days of the campaign.

She said among those found to have violated the law was a company that had been operating for more than 10 years.

Rosmasita said most companies claimed that they were unaware of the law requiring them to contribute to Socso.

“The excuses are so lame. It does not make sense for someone not to know about the regulation if the company has been operating for 10 years.

“There are also companies who only registered with Socso after their workers had an accident because it would involve medical and other costs,”
she said, adding that most errant employers were from the small and medium-sized industries.

Earlier, in her speech, Rosmasita reminded the public that Socso had not appointed any agents or middle man to act as a go-between for those applying
for Socso benefits.

“Applicants can go directly to Socso offices. The services are free while illegal agents will charge a fee of about RM1,000 and above,” added
Rosmasita.

Friday, February 18, 2011

Ops Kesan PERKESO Bermula 1 Mac

Hanya kurang dua minggu lagi untuk berdaftar dengan PERKESO - peluang terakhir untuk majikan yang belum berbuat demikian. Jika tidak, kompaun menanti apabila Ops Kesan PERKESO dilaksanakan serentak di seluruh negara 1 Mac depan.

K. Selvarajah/Ketua Eksekutif PERKESO
"Kita telahpun bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui Projek Mycoid, common number pendaftaran, dimana sebaik sahaja, majikan atau syarikat berdaftar dengan SSM, maklumat dihantar terus kepada PERKESO."

Katanya, majikan boleh mendaftar di mana-mana 46 pejabat PERKESO terdekat.

Kepada yang masih berdegil, bakal berdepan penjara maksimum dua tahun atau denda RM10 ribu atau kedua-duanya.

Sepanjang tahun lalu, lebih 4000 majikan dikenakan tindakan undang-undang. 513 pula diheret ke mahkamah membabitkan jumlah denda dikenakan hampir RM350 ribu.

Monday, February 14, 2011

Soalan Yang Sering Ditanyai Mengenai Gangguan Seksual

Apakah maksud gangguan seksual?
Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dsb. Gangguan Seksual adalah penyalahgunaan kuasa.
Bukankah ia mengurat sahaja?
Gangguan seksual tidak sama dengan mengurat. Ia tidak diundang dan adalah kelakuan yang tidak menghormati mangsanya. Jika anda ingin memikat hati seseorang, anda akan menghormati dan peka kepada perasaannya. Mengurat memang seronok unuk kedua pihak, tetapi gangguan seksual menyakiti dan memberi kesan buruk kepada mangsa.
Ia tidak menyakiti sesiapa, bukan?
Gangguan seksual bukan permainan. Ia mengganggu kesihatan emosi dan fizikal seseorang. Wanita yang menghadapinya melaporkan bahawa ia menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa, sakit kepala, gangguan tidur dan kerisauan.Ini menurunkan produktiviti kerja, merendahkan semangat dan keyakinan di tempat kerja dan memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menyaksikan atau mendengar mengenainya.
Tidakkah anda boleh mengamalkan sikap tidak peduli?
Kebanyakan wanita berpendapat bahawa gangguan seksual tidak dapat dielakkan. Ramai yang cuba menanganinya dengan mengamalkan sikap tidak peduli dan berharap ia tidak akan berulang. Hanya segelintir yang melaporkan gangguan seksual kerana takut tidak dipercayai dan takut akan menimbulkan masalah di tempat kerja. Akan tetapi gangguan seksual tidak berhenti jika anda tidak mengambil tindakan. Dengan mendiamkan diri, mangsa hanya akan meningkatkan perasaan gelisah dan tekanan. 

Bagaimana anda tahu yang perlakuan seksual itu “tidak diundang”?
Jika anda berasa bahawa seseorang itu tidak selesa atau malu dengan perbuatan anda, dia tidak menggalakkan tingkah laku anda, cuba menjauhkan dirinya ataupun memperlihatkan emosi terganggu, ini adalah petanda bahawa perlakuan anda tidak diundang. Dia tidak payah menyatakan dengan jelas bahawa perlakuan anda tidak disukainya.

email: hr.mudahpayroll@gmail.com

Saturday, February 12, 2011

Dapatkan Harga Pakej Terkini

Salam kepada semua bakal pelanggan kami.  MudahPayroll telah menamatkan harga promosi yang diwar-warkan sebelum ini.  Walau bagaimanapun kami masih memberi harga pakej yang menarik untuk anda.  Sila isikan borang dengan klik disebelah kanan blog ini untuk mendapatkan Harga Pakej terkini dari kami.


Keselesaan anda, kesempurnaan kami.  Selamat berniaga.

Ikhlas dari
MudahPayroll

Friday, January 28, 2011

KWSP Ingatkan Majikan : Kadar Caruman Pekerja Dinaikkan Semula Kepada 11 Peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengingatkan majikan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011.
Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.
Sebelum ini, kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A(AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web ini di Enquiry.
(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Thursday, January 27, 2011

Syarikat Digesa Pupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Syarikat di Malaysia digesa melatih semula dan meningkatkan kecekapan pengurusan staf mereka melalui pembelajaran
sepanjang hayat sebagai persediaan menghadapi cabaran global dan memperkukuhkan ekonomi negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata amalan seumpama itu akan menjamin peluang lebih baik untuk syarikat mendapat akreditasi daripada
badan antarabangsa dan seterusnya memperoleh pengiktirafan dunia.

"Proses pembelajaran perlu berterusan dan kita perlu sentiasa meningkatkan kemahiran kita supaya kita terus relevan dalam persaingan global," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Profesional Antarabangsa 2011 di sini Isnin.

Katanya kerajaan memberikan insentif kepada syarikat tempatan untuk menyediakan latihan.

"Kerajaan memberikan peruntukan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) bagi latihan di mana kerajaan akan memberikan RM1 bagi setiap RM1 yang
dibelanjakan oleh SME untuk melatih staf pengurusan mereka," katanya.

Bagaimanapun, katanya perkara itu hanya terpakai kepada sektor swasta kerana sektor kerajaan sudah mempunyai latihan sendiri melalui Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN).

Beliau berkata iklim pelaburan dunia mengalami perubahan pesat dan dengan itu syarikat tempatan perlu lebih progresif dengan mengamalkan sistem
pengurusan terkini dan tidak lagi bergantung kepada sistem pengurusan tradisional.

"Jika kita tetap menggunakan sistem yang telah ketinggalan zaman, mungkin ia akan menjadi tidak relevan, Jadi bagi memastikan transformasi berlaku dan
memastikan kita tidak ketinggalan, kita perlu berubah dan melangkah ke peringkat seterusnya.

"Kita juga mahu meliberalisasikan mekanisme, mengurangkan kerenah birokrasi dan menjadikannya lebih menarik untuk bakat tempatan di luar negara untuk
pulang berkhidmat di tanah air supaya Malaysia akan menjadi tempat yang menghimpunkan tenaga kerja yang mempunyai banyak idea bernas, berkemahiran dan
berpengetahuan."

Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih

Terima kasih kerana menghubungi kami.
Tahniah! kerana anda memahami kepentingan Payroll terhadap perniagaan anda.

Sila semak email anda.  Kami akan menghubungi anda untuk maklumat yang anda perlukan.

Hubungi Kami

Sila isi borang dibawah jika anda:  

i.   Memerlukan kemudahan MudahPayroll.
ii.   Berminat untuk mengetahui pakej yang tawarkan oleh MudahPayroll
iii.  Mempunyai soalan tentang perkhidmatan MudahPayroll.
      atau
iv.  Anda mempunyai kawan/saudara/kenalan yang anda kenali yang mungkin memerlukan khidmat  MudahPayroll (ganjaran akan diberikan kepada pencadang)





Subject: *
E-mail Address: *
Nama Syarikat:
Nama Pegawai dihubungi:
Telefon:
Jumlah Pekerja:
Soalan:
Dicadangkan oleh:
Email pencadang:

* RequiredCreate Email Forms
* sebarang maklumat akan dirahsiakan dari pihak ketiga.

Monday, January 17, 2011

mudahpayroll


Utama

Kami sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia menyediakan servis PENGGAJIAN/PAYROLL untuk semua organisasi di seluruh Malaysia.  Kami dedikasi untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda dengan kadar yuran yang anda mampu. 
Kami sedia untuk mengambil alih tugas proses Payroll organisasi anda dalam tempoh 7 hari.  Kami sedia memproses data pekerja, elaun dan tolakkan, pembahagian jabatan, bank crediting file, email payslip/payslip berkabon, pembayaran KWSP/PERKESO/LHDN dan lain-lain report yang diperlukan (statistic gaji/detail gaji dan sebagainya).
Yuran yang sangat rendah & risiko yang dijamin, kami sedia membantu meningkatkan kreadibiliti perniagaan anda dengan system Payroll yang sistematik, malah anda semestinya dapat mengurangkan kos overhead dalam penyediaan Payroll.

Laporan yang kami sediakan:
Bulanan
Tahunan
·         Payslip
·         Payroll Detail (by Department/Sector)
·         Bank Advice
·         KWSP Borang A & disket
·         PERKESO Borang 8A & disket
·         Potongan Cukai Bulanan Borang CP39
·         Report mengikut keperluan Jab. Kewangan anda & report yang dipersetujui bersama

·         EA setiap pekerja
·         Report statistic gaji pekerja tahunan
·         Salary detail employee: tahunan



Kelebihan yang anda nikmati bersama kami:
·         Jimat dalam menyediakan pekerja, kos pembelian software dan kemahiran.
·         Tiada risiko masalah pekerja berhenti dan latihan kepada pekerja.
·         Kami pastikan ketepatan jadual pembayaran
·         Lebih selamat dan dapat menjaga kerahsiaan syarikat yang melibatkan penggajian.


Kami sediakan plan yang mudah dalam pengurusan Payroll kami:

1.       3  langkah  mudah Proses Payroll kami & pelanggan.

2.       Plan Yuran yang anda mampu (HARGA PROMOSI)

a.       Yuran Set-Up
+   1- 10 pekerja           -  RM75
+   10 dan keatas          -  RM125

b.       Yuran bulanan yang rendah
+   1-2 pekerja              -  RM50
+   3-5 pekerja              -  RM99
+   6-10 pekerja            -  RM150
+   Tambahan selepas 10 pekerja – RM19/pekerja

c.        Semua kami lakukan untuk anda
+  Pembayaran kepada akaun pekerja
+  Pembayaran ke KWSP/PERKESO/LHDN & keperluan pembayaran (borang & disket)
+  Laporan bulanan & tahunan / statistic pembayaran
+  Kami jamin servis yang disediakan. 

Pakej:  Bayaran yuran setahun, percuma sebulan yuran.  Tiada caj tambahan bagi penambahan pekerja jika anda membayar kadar tahunan.  Satu plan yang mudah dan menjimatkan. 


Jaminan Kami
1.       Kami memberi jaminan terhadap servis kami:
+  Jika berlaku kesilapan berdasarkan report yang anda berikan, kami akan proses & pembetulan semula sebarang kesilapan pengiraan KWSP/PERKESO/LHDN dengan tiada caj tambahan.
+ Jika anda dikenakan denda/penalty/interest atas kesilapan kami, kami juga sedia membayar untuk anda!
2.       Kami akan pulangkan yuran anda jika anda batalkan sebelum 30 hari bersama kami.  Kami pulangkan yuran bulanan termasuk  yuran set-up. SATU JAMINAN PASTI dari kami.
3.       Kami memberi JAMINAN data yang anda berikan dalam keadaan selamat.  Kami tidak akan menjual kepada pihak ketiga bagi tujuan keselamatan.  Kami juga akan menyimpan data penggajian anda dalam tempoh 6 tahun bagi pihak anda.  Kami juga sedia membantu dalam khidmat nasihat jika anda menghadapi kekeliruan berkenaan penggajian mengikut Akta Kerja.

Dapatkan Proposal dari kami 
HUBUNGI KAMI: hr.mudahpayroll@gmail.com

Friday, January 14, 2011

KHIDMAT mudahpayroll

Kumpulan kami berpengalaman dalam Sumber Manusia merangkumi pengiraan gaji dan segala urusan berkaitan dengan KWSP/EPF, PERKESO/SOCSO, LHDN/IRD (income tax).
Kami menyediakan perkhidmatan membuat pengiraan gaji, EPF, SOCSO, dan income tax juga penyediaan payslip.

Perkhidmatan kami sesuai bagi semua syarikat-syarikat, antaranya seperti di bawah:
a. Perusahan kecil & sederhana
- Industri Makanan (Mee, Sos, Dodol, Kerepek, Roti, Kilang Beras dll)
- Industri Pertanian (Peladang, Nursery, Perusahaan Baja, Belacan, Penimbang sawit dll)
- Industri Elektrik & Elekronik (Kilang elektronik, Kontraktor Elektrik dll)
- Industri Pembinaan (Kontraktor Pembinaan, Kontraktor Pembekalan dll)
- Industri Pelancongan (Pengusaha bas, Chalet & hotel, dll)

b. Bengkel – bengkel (Kereta, Motor, Kapal, Bot, Besi & Pateri dll)
c. Kedai – kedai (Runcit, Restoran, Fotostat, Gambar, Buku, kantin dll)
d. Klinik-klinik (klinik keluarga, pakar dll)
e. Petubuhan/Persatuan/Koperasi (Pertubuhan Peladang/Persatuan Teksi/Koperasi-koperasi dll)
f. Industri Perkhidmatan (Sekolah, Pusat Tuisyen, KAFA, Percetakan, Catering, dll)

Kami mengenakan harga dan cas perkhidmatan yang berpatutan, hanya RM19/pekerja

Semua kami lakukan untuk anda
+ Pembayaran kepada akaun pekerja
+ Pembayaran ke KWSP/PERKESO/LHDN & keperluan pembayaran (borang & disket)
+ Laporan bulanan & tahunan / statistic pembayaran
+ Kami jamin servis yang disediakan.

Dapatkan proposal dari kami dengan email ke hr.mudahpayroll@gmail.com dengan butir:
Nama Syarikat:
Nama pegawai untuk dihubungi:
No. Tel:
Jumlah pekerja:

atau hubungi kami: 012-5696708 (asri)

360,000 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA 4 Jan. - Rakyat diminta meningkatkan kemahiran yang ada untuk merebut lebih 360,000 peluang pekerjaan yang dijangka ditawarkan sepanjang
tahun ini.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, kebanyakan pekerjaan baru tersebut melibatkan kategori pekerjaan gaji
sederhana dan tinggi.

"Kita jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan akan ditawarkan pada tahun ini hasil daripada
pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Jabatan Tenaga Kerja sendiri telah bekerjasama dengan beberapa koridor termasuk kawasan Iskandar Malaysia untuk mengenal pasti dan memenuhi jawatan
kosong yang akan diwujudkan sepanjang 2011 dan tahun-tahun selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 dengan 60 peratus daripadanya menawarkan gaji sederhana dan tinggi.

Sheikh Yahya berkata, peluang pekerjaan pada masa ini masih tertumpu kepada kawasan Pantai Barat tetapi ia dijangka diperluaskan ke kawasan lain
selari dengan peluang ekonomi yang dijana oleh projek-projek koridor di seluruh negara.

"Kita menjangkakan pelaksanaan projek koridor serta Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan mewujudkan lebih ramai peluang di negeri-negeri lain di
luar Pantai Barat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 283,455 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui pelbagai program penempatan kerja yang
dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam tempoh 2007 hingga 2010.

Menurutnya, Jobs Malaysia umpamanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan mencatatkan 1.1 juta pencari kerja terkumpul setakat 31 Disember
2010.