Friday, February 18, 2011

Ops Kesan PERKESO Bermula 1 Mac

Hanya kurang dua minggu lagi untuk berdaftar dengan PERKESO - peluang terakhir untuk majikan yang belum berbuat demikian. Jika tidak, kompaun menanti apabila Ops Kesan PERKESO dilaksanakan serentak di seluruh negara 1 Mac depan.

K. Selvarajah/Ketua Eksekutif PERKESO
"Kita telahpun bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui Projek Mycoid, common number pendaftaran, dimana sebaik sahaja, majikan atau syarikat berdaftar dengan SSM, maklumat dihantar terus kepada PERKESO."

Katanya, majikan boleh mendaftar di mana-mana 46 pejabat PERKESO terdekat.

Kepada yang masih berdegil, bakal berdepan penjara maksimum dua tahun atau denda RM10 ribu atau kedua-duanya.

Sepanjang tahun lalu, lebih 4000 majikan dikenakan tindakan undang-undang. 513 pula diheret ke mahkamah membabitkan jumlah denda dikenakan hampir RM350 ribu.

Monday, February 14, 2011

Soalan Yang Sering Ditanyai Mengenai Gangguan Seksual

Apakah maksud gangguan seksual?
Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dsb. Gangguan Seksual adalah penyalahgunaan kuasa.
Bukankah ia mengurat sahaja?
Gangguan seksual tidak sama dengan mengurat. Ia tidak diundang dan adalah kelakuan yang tidak menghormati mangsanya. Jika anda ingin memikat hati seseorang, anda akan menghormati dan peka kepada perasaannya. Mengurat memang seronok unuk kedua pihak, tetapi gangguan seksual menyakiti dan memberi kesan buruk kepada mangsa.
Ia tidak menyakiti sesiapa, bukan?
Gangguan seksual bukan permainan. Ia mengganggu kesihatan emosi dan fizikal seseorang. Wanita yang menghadapinya melaporkan bahawa ia menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa, sakit kepala, gangguan tidur dan kerisauan.Ini menurunkan produktiviti kerja, merendahkan semangat dan keyakinan di tempat kerja dan memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menyaksikan atau mendengar mengenainya.
Tidakkah anda boleh mengamalkan sikap tidak peduli?
Kebanyakan wanita berpendapat bahawa gangguan seksual tidak dapat dielakkan. Ramai yang cuba menanganinya dengan mengamalkan sikap tidak peduli dan berharap ia tidak akan berulang. Hanya segelintir yang melaporkan gangguan seksual kerana takut tidak dipercayai dan takut akan menimbulkan masalah di tempat kerja. Akan tetapi gangguan seksual tidak berhenti jika anda tidak mengambil tindakan. Dengan mendiamkan diri, mangsa hanya akan meningkatkan perasaan gelisah dan tekanan. 

Bagaimana anda tahu yang perlakuan seksual itu “tidak diundang”?
Jika anda berasa bahawa seseorang itu tidak selesa atau malu dengan perbuatan anda, dia tidak menggalakkan tingkah laku anda, cuba menjauhkan dirinya ataupun memperlihatkan emosi terganggu, ini adalah petanda bahawa perlakuan anda tidak diundang. Dia tidak payah menyatakan dengan jelas bahawa perlakuan anda tidak disukainya.

email: hr.mudahpayroll@gmail.com

Saturday, February 12, 2011

Dapatkan Harga Pakej Terkini

Salam kepada semua bakal pelanggan kami.  MudahPayroll telah menamatkan harga promosi yang diwar-warkan sebelum ini.  Walau bagaimanapun kami masih memberi harga pakej yang menarik untuk anda.  Sila isikan borang dengan klik disebelah kanan blog ini untuk mendapatkan Harga Pakej terkini dari kami.


Keselesaan anda, kesempurnaan kami.  Selamat berniaga.

Ikhlas dari
MudahPayroll