Friday, January 28, 2011

KWSP Ingatkan Majikan : Kadar Caruman Pekerja Dinaikkan Semula Kepada 11 Peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengingatkan majikan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011.
Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.
Sebelum ini, kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A(AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web ini di Enquiry.
(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

No comments:

Post a Comment