Monday, February 14, 2011

Soalan Yang Sering Ditanyai Mengenai Gangguan Seksual

Apakah maksud gangguan seksual?
Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dsb. Gangguan Seksual adalah penyalahgunaan kuasa.
Bukankah ia mengurat sahaja?
Gangguan seksual tidak sama dengan mengurat. Ia tidak diundang dan adalah kelakuan yang tidak menghormati mangsanya. Jika anda ingin memikat hati seseorang, anda akan menghormati dan peka kepada perasaannya. Mengurat memang seronok unuk kedua pihak, tetapi gangguan seksual menyakiti dan memberi kesan buruk kepada mangsa.
Ia tidak menyakiti sesiapa, bukan?
Gangguan seksual bukan permainan. Ia mengganggu kesihatan emosi dan fizikal seseorang. Wanita yang menghadapinya melaporkan bahawa ia menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa, sakit kepala, gangguan tidur dan kerisauan.Ini menurunkan produktiviti kerja, merendahkan semangat dan keyakinan di tempat kerja dan memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menyaksikan atau mendengar mengenainya.
Tidakkah anda boleh mengamalkan sikap tidak peduli?
Kebanyakan wanita berpendapat bahawa gangguan seksual tidak dapat dielakkan. Ramai yang cuba menanganinya dengan mengamalkan sikap tidak peduli dan berharap ia tidak akan berulang. Hanya segelintir yang melaporkan gangguan seksual kerana takut tidak dipercayai dan takut akan menimbulkan masalah di tempat kerja. Akan tetapi gangguan seksual tidak berhenti jika anda tidak mengambil tindakan. Dengan mendiamkan diri, mangsa hanya akan meningkatkan perasaan gelisah dan tekanan. 

Bagaimana anda tahu yang perlakuan seksual itu “tidak diundang”?
Jika anda berasa bahawa seseorang itu tidak selesa atau malu dengan perbuatan anda, dia tidak menggalakkan tingkah laku anda, cuba menjauhkan dirinya ataupun memperlihatkan emosi terganggu, ini adalah petanda bahawa perlakuan anda tidak diundang. Dia tidak payah menyatakan dengan jelas bahawa perlakuan anda tidak disukainya.

email: hr.mudahpayroll@gmail.com

No comments:

Post a Comment